What Utusan newspaper doesn’t want you to know: Aquaculture at Pulau Ketam

The Malay-language local newspaper, Utusan, recently published two of my articles on agriculture. Utusan published my articles in the Agrobiz section on Sept. 20, 2010. One article was about urban agriculture, and the second was about aquaculture in Pulau Ketam. The second article was written by three of my students who took PRT 2008 course (Agriculture and Man) last semester (semester 1, 2009/2010). These students did a good job in their group assignment, so I asked them to shorten their written assignment to about 600-700 words and submit it to Utusan. I co-authored their article by suggesting corrections which they duly complied.

Aquaculture at Pulau Ketam

That was five months ago, so, much to my surprise, Utusan published those two articles recently (I thought they had rejected the articles). What made me upset was the second article, written by my students and me, had no byline! The second article had no list of authors, which is a cruel blow to my students and irresponsible of Utusan to leave our names out. Imagine spending time and effort researching a topic, writing it into an article, and seeing it publish — but without your name! Hurts. And no, it isn’t some short article, but an article about 600 words. Without our names, it would appear to any readers that our article was written by some anonymous Utusan staff. In other words, you can say our article was stolen by Utusan.

I contacted the Utusan editor by email about this matter, but I have yet to receive any reply, or seen changes made on the online article to include our names.

So to do some justice to my students, I include below their article (written in Malay). Note that this is their original article and appears differently from that published by Utusan.

And, people at Utusan, if you are reading the article below and want to complain about copyright or plagiarism issues, I would be most glad to discuss it with you and on why you stole our article.


Akuakultur di Pulau Ketam

Rumah rakit didirikan di atas permukaan laut di Pulau Ketam

Pulau Ketam merupakan sebuah kampung nelayan yang terletak di negeri Selangor. Dengan menaiki feri kira-kira 30 minit dari Pelabuhan Klang, kita boleh sampai ke pulau ini. Hanya 20 peratus daripada keluasaan Pulau Ketam didiami oleh penghuni yang kebanyakan terdiri daripada nelayan. Manakala, 80 peratus daripada kawasan tersebut adalah kawasan perhutanan paya bakau. Basikal merupakan satu jenis kenderaan utama yang digunakan oleh penghuninya. Bekalan air untuk pulau ini disalurkan dari bandar Klang di tanah besar melalui paip bawah tanah.

Pelbagai aktiviti dijalankan oleh penghuni untuk menampung kehidupan mereka.Antaranya ialah membuat bot nelayan, menangkap ikan, menjalankan perniagaan kecil (yang diwarisi secara turun-temurun) dan akuakultur. Aktiviti membuat bot nelayan di Pulau Ketam adalah satu perniagaan yang penting dimana bot yang dihasilkan akan dijualkan kepada nelayan nelayan tempatan dan luar. Lain-lain aktiviti seperti perniagaan restoran dan kedai runcit biasanya diusahakan untuk kemudahan pelancongan  Walau bagaimanapun, aktiviti menangkap ikan dan akuakultur adalah sumber pendapatan utama bagi kebanyakkan penghuni di Pulau Ketam. Aktiviti ini merupakan sumber makanan protein utama kepada penduduk tempatan disamping menjadi daya tarikan kepada pelancong-pelancong.

Ini adalah salah satu pasar mini di Pulau Ketam

Salah satu kedai runcit yang diniagakan oleh penghuni di Pulau Ketam

Akuakultur di Pulau Ketam biasanya dijalankan di pinggir laut. Para pengusaha terlebih dahulu perlu mendapat kelulusan perlesenan. Rumah rakit juga perlu dibina, dimana rumah rakit tersebut perlu diapungkan di atas permukaan laut dengan menggunakan bekas-bekas plastik kosong. Sauh digunakan untuk menetapkan rumah rakit supaya ianya tidak digerakkan oleh ombak atau angin kencang. Kawasan untuk membina rumah rakit adalah bergantung kepada kedalaman laut dan jenis ikan yang akan dipelihara.Terdapat tiga jenis ikan yang biasanya dipelihara oleh para pengusaha termasuklah Red Snapper, Grouper (Giant Grouper dan Red Grouper) dan Sea Bass.

Rumah rakit yang dibina di kawasan laut mempunyai sangkar-sangkar untuk menempatkan ikan ternakan. Baka ikan biasanya diimport dari Taiwan, negara yang maju dengan aktiviti penelayanan. Kedalaman laut mempengaruhi kederasan aliran air laut. Kedalaman laut sedalam 10 hingga 12 meter merupakan kawasan berarus sederhana, manakala 15 hingga 20 meter merupakan kawasan berarus  deras.  Kederasan aliran air adalah penting kerana ia akan mempengaruhi jenis ikan yang akan diternak. Ikan yang lebih aktif umpamanya memerlukan kederasan aliran yang deras berbanding ikan yang kurang aktif.

Terdapat banyak jenis infrastruktur di dalam rumah rakit dan mereka masing-masing mempunyai fungsinya yang tertentu. Antaranya adalah lampu yang dipasang sekeliling rumah rakit dan jala-jala yang menutup kawasan penternakan anak-anak ikan Fungsi lampu-lampu tersebut adalah untuk menerangi kawasan rumah rakit supaya penceroboh dapat dikesan dengan mudah. Manakala, jala-jala yang menutup kawasan penternakan anak ikan pula berfungsi untuk melindungi anak-anak ikan daripada sinaran matahari disamping melindungi ikan-ikan dari serangan helang.

Penternakan ikan di Pulau Ketam mempunyai beberapa kelebihan. Pertamanya, para pengusaha ikan tidak perlu menukar air untuk ikannya kerana pengaliran air laut yang semulajadi sesuai untuk habitat ikan yang dipelihara. Keduanya, ikan yang dipelihara mempunyai pasaran yang lebih baik berbanding ikan yang ditangkap dari laut. Ikan ternakannya lebih segar kerana ia hanya dijual apabila terdapat permintaan.

Namun begitu, penternak ikan juga menghadapi masalah-masalah seperti penyakit ikan. Wabak ikan hanya akan merebak sesama spesis ikan yang serupa dan ia hanya mengambil masa yang singkat untuk berjangkit. Penternakan spesis ikan yang diserang penyakit boleh diberhentikan sampai selama dua hingga tiga tahun. Selain dari itu, kenaikan harga makanan ikan juga membimbangkan para pengusaha. 90 peratus daripada kos penternakan adalah untuk makanan ikan sahaja. Oleh itu, pengusaha akan menghadapi kekurangan bekalan makanan ikan sekiranya harga makanan ikan yang semakin melambung naik.

Bot nelayan dalam proses pembinaan

Kilang membuat bot nelayan di Pulau Ketam

Walau bagaimanapun, sumbangan daripada kerajaan seperti subsidi minyak diesel dan kelulusan perlesenan penternakan telah sedikit sebanyak membantu para pengusaha ikan. Harga pasaran minyak diesel setinggi RM 1.70 per liter disubsidikan kepada RM 1.20 per liter. Tindakan ini telah membantu pengusaha untuk mengurangkan kos penternakan ikan.  Kelulusan perlesenan kepada pengusaha-pengusaha telah menggalakkan mereka lebih giat dalam aktiviti ini.

Akhir kata, akuakultur di Pulau Ketam telah menyumbang kepada bekalan ikan di pasaran tempatan dan luar negara seperti Singapura dan Hong Kong. Ia juga telah menyediakan bekalan ikan yang berterusan dan stabil kepada masyarakat.

written by Ng Rou Chian, Chan Yun Joo, Yunie Yeap Soon Yu, and Christopher Teh Boon Sung (Universiti Putra Malaysia)

(photos by Chan Yun Joo)

image_pdfimage_print

Comments

  1. This is a pitiful situation. The poor ethics shown by major national newspaper is absurd. Obviously this can be dealt as a legal action if you the copyright holder decides to do so.

    • Thanks for your support. I am upset more for my students than myself. Perhaps Utusan printed an erratum some days later to correct their error (without informing me), but anyway, since that article is just a simple write up about Pulau Ketam with little consequences, I decided just to let the matter go other than to blacklist Utusan.

Leave a comment

*